Daun Palas dalam Ikatan

Daun Palas dibuka sebelum boleh dibuat Ketupat

Ketupat daun palas yang sudah siap
Bagi yang tidak mengetahui, ketupat daun palas adalah sejenis ketupat yang lazimnya dibuat oleh orang utara semenanjung. Berbeza dengan ketupat yang biasa ditayangkan di kaca television, ketupat daun palas berbentuk segitiga dan diisi dengan beras pulut. Kadang-kadang, kacang merah juga turut dimasukkan bersama-sama beras pulut tadi.
Membuat pulut ini, sedikit berbeza dengan ketupat biasa.
1) Anyaman dan lipatan lebih mudah
2) Agakan isi untuk dimasukkan lebih mudah, memandangkan pulut yang dimasukkan sudah sedikit ditanak. Ketupat biasa memerlukan ketepatan dalam mengisi beras, kira-kira 1/3 jumlah isipadu ketupat. Lebih dari itu boleh menyebabkan ketupat itu keras sesudah dimasak, dan kurang enak dimakan.
3) Masa tanak ketupat pulut lebih pendek (kurang 2 jam) berbanding ketupat biasa (3 jam)
Ayah saya berasal dari kedah, jadi sememangnya beliau penggemar ketupat daun palas @ ketupat pulut. Masuk hari raya ke-2, kami pun berjalan hingga ke pasar Larkin, kira-kira 30km dari rumah semata-mata mencari ketupat daun palas. Namun, tiada rezki.
Kami singgah di sebuah kedai runcit di situ. Niat ingin membeli gambir, pinang, kapur (barang rencam makan sireh. Untuk persediaan majlis pernikahan). Sedang sibuk bertanya dengan tukang kedai, datang seorang makcik. Dia sedang mencari pulut. Katanya hendak buat ketupat daun palas. Jawab ayah saya ” kami pulut ada kat rumah, daun yang takde”. Tanpa teragak-agak, makcik tadi memberikan alamat rumahnya. Kata ayah saya “kalau kami tak jumpa, nanti kami singgah”.
Sungguh, kami tak kenal makcik tadi. Mak saya sedikit risau, takut-takut makcik tadi adalah ‘conwoman’ yang cuba menipu orang. Tapi, pada ayah, makcik tadi patut lagi risau nak beri alamat rumahnya pada kami.
Alkesah, kami tak jumpa juga daun palas. Akhirnya, kami pergi lah ke rumah makcik tadi. Memandangkan saya dan ayah berpuasa pada hari tersebut, kami cuba duduk bersembang. Rupa-rupanya, makcik tadi merupakan mak mertua kepada bos Kakak saya yang bekerja di Hospital JB (yang baru mahu belajar blog). Alkesah, makcik tu pun beri 3 ikat daun palas kepada kami.
Sampai di rumah, kami pun buatlah ketupat, dan juga agih-agihkan daun tersebut kepada jiran-jiran yang berminat.
Itulah kisah raya ke-2 saya, dan juga kisah kebaikan hati orang utara. Bukan apa, cuma, saya rasa budaya begitu sudah sedikit mati di bahagian lain, dan juga generasi sekarang di negara kita. Begitu murahnya hati makcik tadi, mengundang orang yang tak dikenali datang ke rumah, hanya untuk daun palas, moga Allah sahaja yang balas.
Selamat hari raya, Kullu ‘am wa antum bikhair. Takbeer!!! Allahuakbar.
.يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ارْحَمْنَا
وَعَافِنَا وَعْفُ عَنَّا وَعَلَى طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
” Ya Arhamar Rahimina rhamna”
“Wa afina wa’fu ‘anna wa’ala to’atika wa syukrika a’inna”

Tarhim adalah satu jenis bacaan yang dibaca oleh para muazzin sebelum masuk waktu subuh. Selalunya, ia akan mula dibaca sebaik masuk waktu imsak, kira-kira 10 minit sebelum subuh. Tujuan utamanya, mungkin untuk mengingatkan para jemaah, terutamanya di bulan Ramadhan yang waktu sahur hampir tamat.

Bacaan tarhim dimulakan dengan zikir ya Arhamar Rahimin, kemudian dimasukkan sedikit doa-doa. Ia akan diselangselikan dengan selawat dan puji-pujian terhadap Rasulullah s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat. Para muazzin juga sering membaca ayat-ayat al-quran, kebanyakan nya boleh ditemui di dalam almathurat (kubra) diselang-selikan dengan bacaan doa dan selawat tadi.

Saya sememangnya suka mendengar bacaan tarhim di waktu pagi. Entah, semacam ada satu kesayuan setiap kali mendengar bacaan tersebut. Saya mula perasan akan wujudnya tarhim ini ketika menuntut di Madrasah Idrisiah. Sekolah tersebut, yang terletak bertentangan dengan Masjid Ubudiah ( yang sering dicam orang ramai melalui kubah bawang berwarna keemasan nya), sememangnya akan diselubungi bacaan tarhim setiap pagi.

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Tambah enak, bilal yang diambil bekerja di masjid itu juga mempunyai suara yang merdu, menjadikan lagu tarhim tersebut lebih seronok didengar. Namun, mungkin antara kesan sampingan nya, ramai yang makin enak melelapkan mata mendengar dendangan merdu tersebut.

Selalunya, Wak Kahar yang akan membacakan tarhim di kampung saya. Beliau juga lah muazzin yang paling konsisten yang saya boleh ingat di kampung saya. Entah kenapa, dalam keluarga saya, ayah saya beri gelaran Wiko Kahana kepada beliau, dan sejak itu, bila bercakap tentang beliau, kami sentiasa menyebut Wiko Kahana. Wak Kahar berjalan tempang, mungkin kerana kecelakaan motosikal ketika beliau masih muda.

Masjid Kampung Melayu Kangkar Pulai
Pagi tadi, saya sedikit tersentak mendengar bacaan tarhim di kampung saya. Bilal kini merupakan bilal yang baru, bilal yang lama, Wak Kahar, masih lagi bertugas. Bilal baru ini, saya kurang kenal, namun dia juga saya anggarkan berumur sekitar 50-an. Bacaan tarhim bilal baru ini, sedikit tidak kena. Meskipun suara beliau lebih sedap, bacaan beliau sedikit tersangkut-sangkut, dan banyak salah pula. Hairan juga saya bila memikirkan hal ini, memandangkan bilal baru ini sudah bertugas sekurang-kurangnya sejak 2 3 bulan yang lalu.
Saya sedikit kecewa. Nampak seolah-olah, sepanjang membacanya, pak bilal ini tidak pernah cuba membetulkan bacaan beliau, apa lagi menyelami maksud bacaan tarhim ini. Ia seolah-olah satu adat, yang adat semata-mata. Begitu juga apabila beliau melaungkan azan, tidak dinafikan suara yang merdu itu menggamit perhatian. Tetapi, dengan ‘tajwid’ dan sebutan yang sedikit lintang pukang (atau diubah suai untuk menjadikan lagu azan lebih sedap), saya kira azan yang dilaungkan sedikit sebanyak hilang atau lari makna.
Apa pun, saya tetap suka mendengar bacaan tarhim. Saya lebih gemar bacaan tarhim wak kahar & azan beliau, yang meskipun kurang sedap, tetapi sentiasa konsisten, dan tepat pada masanya. Moga Allah memberkati usaha Wak Kahar, dan Allah membantu bilal baru untuk memperbaiki kelemahan beliau.
P/s: Wak Kahar terus konsisten ke masjid, namun begitu beliau kini sentiasa solat duduk di belakang imam.

Alhamdulillah, I have safely arrived at home last night, at around 12am. My early intention was to spend the night at the masjid. However, the masjid was locked, forcing me to ring the bell very late, while everyone was already asleep.

I spent some times checking my mail, when I came across the national geographic Pagee on igoogle. The photo gallery was packed with mesmerising and picturesque photos of natural events. If you have never visited the site, I can guarantee that the site contains most of the best wallpapers you can find on the Internet.

I also read something about Rathlin Island, of which I have not visited for many years. It was very common for me to spend a couple of nights over there every summer when I was a student. Maybe I would write more about Rathlin in the future.

Oh, what a reminiscence…

I have been thinking of moving my current blog to wordpress since 2004 or 2005, but somehow felt rather comfortable with blogspot.

I think, this blog is just another blogging phase to my life, where I intend on write or more serious matters.

Z